STRATEGI

1. PENDEKATAN RAKAN SEBAYA
menggunakan pendekatan Rakan sebaya dalam aktiviti pendidikan yang dilaksanakan oleh Fasilitator Prostar Sekolah

2. MEWUJUDKAN JARINGAN KERJASAMA PELBAGAI AGENSI
Jaringan kerjasama dengan agensi berkaitan khususnya dengan pihak Kementerian Pelajaran disemua peringkat. Jaringan ini meliputi bantuan teknikal, tenaga manusia, perkhidmatan dan kewangan. Penglibatan secara aktif dan berterusan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk badan korporat, badan profesional dan lain-lain dalam usaha memperkukuhkan Prostar

3. MEMBENTUK JAWATANKUASA PEMANDU (STEERING COMMITTEE)
Membentuk Jawatankuasa Pemanduan (Steering committee) diperingkat Kebangsaan, Negeri, Daerah dan Sekolah untuk menjalankan penyelarasan aktiviti.

4. PEMILIHAN FASILITATOR PROSTAR SEKOLAH
Pemilihan Fasilitator Prostar Sekolah dilakukan oleh pihak sekolah di kalangan murid-murid sekolah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

5. PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penjagaan kesihatan murid melalui latihan yang fleksibel menggunakan modul yang disediakan

6. MELAKSANAKAN PROGRAM SECARA BERPUSAT
Melaksanakan program secara berpusat di sekolah (school based) secara berperingkat berdasarkan sumber yang sedia ada.

7. PENEKANAN TERHADAP PERUBAHAN TINGKAHLAKU
Fungsi Program Prostar Sekolah menekankan kepada modifikasi tingkah laku (behavioural modification) dan perubahan tingkah laku (berhavioural change) bagi mencapai status kesihatan optima dengan mengamalkan Cara Hidup Sihat.

8. PAKEJ DI BAWAH PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT (PBSS)
Program Prostar merupakan satu pakej di bawah Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)


No comments:

Post a Comment

X-Steel - Wait