SEJARAH

Sejarah Penubuhan

Prostar adalah singkatan kepada "Program Sihat untuk Remaja" yang dahulunya dikenali sebagai "Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja". Program ini diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha menangani masalah penularan jangkitan HIV dan AIDS di kalangan remaja. Idea penubuhan Prostar telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Penubuhan program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa itu pada 24 November 1996 di dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ini diikuti dengan penerbitan dan penggunaan manual latihan Prostar (edisi 1) pada tahun yang sama.

No comments:

Post a Comment

X-Steel - Wait