Monday, June 18, 2012

Sejarah Prostar di SMKTA

Kelab Prostar di SMK Tanjung Adang telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 2011. Diawal penubuhan ahlinya adalah dalam sekitar 15 orang. Kini, keahlian telah mencecah 35 orang yang melibatkan pelajar Tingkatan 1 Bijak, 4 Bijak dan 5 Bijak. Kelab ini ditubuhkan apabila seorang guru sekolah telah dipilih untuk menjalani kursus Fasilitator oleh pihak JPNJ. Seterusnya, seiring dengan awal penubuhannya, SMK Tanjung Adang telah terpilih untuk mewakili Daerah Johor Bahru dalam pertandingan Inovasi Prostar di Hospital Sultan Ismail dalam Konvensyen Prostar Negeri Johor Tahun 2011. Alhamdulillah, SMK Tanjung Adang telah berjaya mendapat tempat Naib Johan dalam pertandingan tersebut... Selepas daripada kejayaan ini, anak-anak Prostar semakin bertambah dan semakin berminat untuk menyertai apa jua program di bawah Kelab Prostar. Kelab Prostar ini telah mendapat sokongan baik daripada pihak pentadbiran sekolah. Walaupun berada di sekolah yang kecil di luar bandar tetapi semangat untuk bersaing tetap utuh di hati anak-anak prostar ini.. Tahniah Kelab Prostar SMK Tanjung Adang.

~ ADMIN~




No comments:

Post a Comment

X-Steel - Wait