Pelaksanaan Aktiviti Program PROSTAR sekolah :
Terdapat dua kategori pelaksanaan di sekolah iaitu :
1. Latihan fasilitataorPROSTAR sekolah .
Latihan ini dilaksanakan oleh Guru Penyelaras/fasilitator terlatih kepada ahli PROSTAR sekolah . melibatkan modul-modul yang berikut :
- Pengenalan Program PROSTAR .
- Pendidikan rakan sebaya .
- Modul 1 : Remaja berketerampilan sihat
- Modul 2 : Remaja faham kesihatan seksual dan reproduktif .
- Modul 3 : Remaja jauhi tingkah laku berisiko .
- Modul 4 :Remaja minda sihat
- Modul 5 : Remaja bijak berkomunikasi
- Modul 6 : Remaja bijak merancang dan melaksanakan aktivit
2 . Aktiviti oleh fasilitator PROSTAR sekolah untuk rakan sebaya .
Aktiviti ini dijalankan dengan mengunakan pelbagai kaedah seperti ceramah , pameran kesihatan ,perbincangan kumpulan kecil ,nasihat individu dan lain-lain yang merangkumi modul-modul berikut :
- Modul 1 : Remaja berketerampilan sihat
- Modul 2 : Remaja faham kesihatan seksual dan reproduktif
- Modul 3 : Remaja jauhi tingkahlaku berisiko
- Modul 4 : Remaja minda sihat .
MODUL 1 : REMAJA BERKETERAMPILAN SIHAT
PENGENALAN
Modul ini mendedahkan peserta kepada amalan cara hidup sihat .
OBJEKTIF MODUL
- Meningkatkan tahap kesedaran ,pengetahuan dan kemahiran remaja mengenai kepentingan dalam aspek berikut :
i . Menjaga kebersihan diri
ii. Menjaga keselamatan dan mencegah kecederaan
iii. Menjaga kebersihan persekitaran
iv. Makan secara sihat .
v. Melakukan aktiviti kecergasan fizikal dan senaman
- Meningkatkan kemahiran penyampaian mesej oleh remaja .
SKOP LATIHAN
- Kebersihan diri
- Kesihatan persekitaran
- Keselamatan dan pencegahan kecederaan
- Pemakanan sihat dan selamat
- kecergasan fizikal dan senaman
MODUL 2 : KESIHATAN SEKSUAL & REPRODUKTIF
PENGENALAN
Jangkitan HIV berkait rapat dengan masalah keruntuhan akhlak dan moral iaitu tingkahlaku berisiko seperti penyalahgunaan dadah melalui suntikan dan hubungan seks .
Persekitaran yang dialami oleh remaja masa kini juga amat berbeza dengan yang dialami oleh remaja generasi terdahulu . Oleh kerana perkembangan semasa teknologi dan sosioekonomi yang pesat ,remaja masa kini lebih terdedah kepada unsur negatif seperti bahan lucah , dan filem-filem yang memaparkan budaya seks kasual .Pengawasan masyarakat juga amat longgar terutamanya di bandar dan di luar bandar . Semangat kejiranan serta budaya bantu membantu , serta tegur menegur juga semakin luntur . Oleh itu , remaja perlu dirangsang kepada perubahan tingkahlaku positif ke arah kehidupan bermaruah dan sihat .
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir sesi peserta dapat :
Persekitaran yang dialami oleh remaja masa kini juga amat berbeza dengan yang dialami oleh remaja generasi terdahulu . Oleh kerana perkembangan semasa teknologi dan sosioekonomi yang pesat ,remaja masa kini lebih terdedah kepada unsur negatif seperti bahan lucah , dan filem-filem yang memaparkan budaya seks kasual .Pengawasan masyarakat juga amat longgar terutamanya di bandar dan di luar bandar . Semangat kejiranan serta budaya bantu membantu , serta tegur menegur juga semakin luntur . Oleh itu , remaja perlu dirangsang kepada perubahan tingkahlaku positif ke arah kehidupan bermaruah dan sihat .
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir sesi peserta dapat :
- Memahami proses perkembangan kesihatan diri dari sudut reproduksi dan anatomi
- Memahami perhubungan seks dalam perkahwinan
- Memahami perkembangan kognitif ,emosi ,seksual ,dan psikososial
- Memahami masalah seksualiti .
- Mempunyai kemahiran dalam menanganin masalah seksual dan reproduktif remaja .
TOPIK UTAMA
- Definisi kesihatan reproduktif dan seksual
- Kepentingan SHR(Sexual Health Reproductive)
- Seksualiti remaja
- Hubungan sihat
- Masalah Sexual Health Reproduktif (SHR)
KEADAH
- Perbincangan
- Aktiviti dalam kumpulan
- ceramah
- case study (keratan akhbar)
- soal jawab
MODUL 3 : TINGKAHLAKU BERISIKO
PENGENALAN :
Modul ini mendedahkan peserta kepada perlakuan-perlakuan berisiko yang dilakukan oleh remaja masa kini . Peserta juga akan didedahkan kepada tanggungjawab yang perlu dipikul akibat perlakuan-perlakuan berisiko yang menjadi ikutan mereka seperti penyakit kelamin , HIV/AIDS dan sebagainya lagi .
OBJEKTIF
Di akhir modul ini peserta akan dapat :
- Mengetahui tentang perlakuan sihat dan perlakuan berisiko
- Dapat membezakan di antara perlakuan sihat dan perlakuan berisiko
- Mengetahui kesan dan akibat dari perlakuan berisiko
- Mengenalpasti perlakuan berisiko yang khusus seperti mencedarakan diri ,bunuh diri ,penyalahgunaan substans dan buli
- Berupaya menyampaikan mesej berkaitan perkara di atas .
SUB-TOPIK
KONSEP PERLAKUAN BERISIKO
- Takrifan dan maksud perlakuan berisiko
- penjelasan mengenai perlakuan berisiko
- Perbezaan di antara perlakuan sihat dan perlakuan berisiko
KATEGORI PERLAKUAN BERISIKO
- Penjelasan mengenai jenis-jenis perlakuan berisiko
- Penekanan kepada beberapa sebab dan akibat perlakuan berisiko seperti :
- HIV/AIDS
- Merokok
-Penyalahgunaan dadah/alkohol/menghidu gam /air ketum
-Laku musnah atau vandalisma
-Ponteng sekolah
-Aktiviti lumba haram
-Fenomena Mat dan Minah Rempit
- Aktivit Geng ( seperti kumpulan skin head /samseng /gothic/underground /Punk /black metal/ajaran sesat dsb . )
-Buli (membuli dan dibuli)
-Ketagihan internet
-Mencuri
-Membawa senjata ( pisau )
-tekanan melakukan hubungan seks /sexual experimenation /pelacuran .
-Fenomena bohsia dan bohjan .
-Perlakuan mencedera diri atau cubaan membunuh diri / bunuh diri
-amalan pemakanan yang tidak sihat :
i . Takut gemuk (Anorexia)
ii. Rasa bersalah makan banyak (Bulimia)
iii . Banayk makan (obes)
- Penderaan meliputi :
iii . Banayk makan (obes)
- Penderaan meliputi :
- fizikal
- seksual
- emosi
- pengabaian
AKTIVITI PEMBELAJARAN
Penyampaian pengetahuan serta mesej mengenai perkara di atas menerusi pendekatan berikut :
1 . Ceramah interaktif
- kes senario
- persembahan power point
- penyertaan aktif
- poster-poster yang berkaitan
- risalah-risalah yang berkaitan
- klip video
- penggunaan model
2 . Latihan dalam kumpulan
- Perbincangan berkumpulan
- penggunaan klip video dan dokumentara
- sesi interaktif
- role play
- drama
- penulisan dan luahan secara kreatif(pantun,sajak,puisi,darama)
- berkongsi pengalaman dan cerminan diri (reflection) dalam kumpulan
3 . Kuiz
4 . Debat dan perbahasan
MODUL 4 : REMAJA MINDA SIHAT
PENGENALAN
Modul ini mendedahkan peserta kepada kepentingan mempunyai kesihatan mental yang baik agar mereka dapat merasa selesa dengan diri sendiri , selesa dengan orang lain dan mampu menghadapi cabaran hidup .
OBJEKTIF MODUL
- Meningkatkan tahap kesedaran , pengetahuan dan kemahiran remaja mengenai kepentingan dalam aspek berikut :
i . Berfikiran positif
ii . komunikasi interpersonal yang berkesan
iii . membuat keputusan dan penyelesaian masalah dengan bijak
iv . menangani pengaruh dan tekanan
v . kemahiran menenangkan diri
SUBTOPIK
- Kenali diri
- Perfikiran positif
- Komunikasi interpersonal
- Penyelesaian masalah
- Tegas diri
- Menangani Pengaruh dan Tekanan
- Kemahiran menenangakan diri
MODUL 5 : REMAJA BIJAK BERKOMUNIKASI
PENGENALAN
Komunikasi merupakan satu proses memindah idea dari sumber kepada penerima .Tujuannya untuk memberi kesan kepada penerima supaya dapat mengubah tingkahlaku-tingkahlaku berkaitan dengan kesihatannaya . Justeru itu , pengetahuan asas berkaitan komunikasi serta kemahiran berkesan dalam komunikasi amat penting kepada pendidikan rakan sebaya supaya penyebarab maklumat akan lebih berkesan dan lebih bermakna . Modul ini memberi penekanan kepada asas komunikasi serta idea-idea yang boleh diaplikasikan bagi menjelaskan pelbagai kaedah komunikasi dalam penyampaian mesej-mesej gaya hidup sihat kepada rakan sebaya .
MODUL 6 : REMAJA BIJAK MERANCANG DAN MELAKSANA
PENGENALAN
Modul ini adalah panduan untuk merancang ,melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti PROSTAR .Latihan ini haruslah mengambil kira realiti setempat dari segi latar belakang ,kumpulan sasar ,kemudahan yang sedia ada ,sumber yang ada dan boleh digubakan ,kemampuan dan keupayaan fasilittator ,masa yang diperuntukkan dan sokongan yang diperolehi.
Subjek ini perlu dipermudahkan dengan penggunaan dan pemakaian teori akademik yang seniminayang boleh ,sekadar untuk mengukuhkan hujah sahaja selain ianya harus mudah dan praktikal .
TOPIK UTAMA
MODUL 6 : REMAJA BIJAK MERANCANG DAN MELAKSANA
PENGENALAN
Modul ini adalah panduan untuk merancang ,melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti PROSTAR .Latihan ini haruslah mengambil kira realiti setempat dari segi latar belakang ,kumpulan sasar ,kemudahan yang sedia ada ,sumber yang ada dan boleh digubakan ,kemampuan dan keupayaan fasilittator ,masa yang diperuntukkan dan sokongan yang diperolehi.
Subjek ini perlu dipermudahkan dengan penggunaan dan pemakaian teori akademik yang seniminayang boleh ,sekadar untuk mengukuhkan hujah sahaja selain ianya harus mudah dan praktikal .
TOPIK UTAMA
- Apa itu program
- Apa itu perancangan dan elemen utama dalam perancangan
- Kepentingan perancangan
- Langkah dan peringkat perancangan
- Penyediaan pelan program dan pelan pelaksanaan
- Penilaian aktiviti/program
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir sesi latihan ,para peserta dapat :
- Menerangkan apa itu perancangan
- Memperoleh kemahiran merancang program atau aktiviti pendidikan PROSTAR
- Membentuk pelan program dan pelan pelaksanaan
- Memperoleh kemahiran melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti yang dijalankan
METOD/KAEDAH
- Menyelesaikan masalah (senario) pilih satu atau cipta senario yang sesuai
- Perbincangan kumpulan dan penyampaian kumpulan .
- Taklimat diberikan serta disusuli dengan latihan amali . Menggunakan senario yang dipilih ,gunakan borang format pelan tindakan program/pelan perlaksanaan
PROSES
1 . Agihan senario berlainan bagi setiap kumpulan (senario ini boleh dicipta/direka oleh fasilitator/penceramah mengikut permalahan setempat
2 . Minta setiap kumpulan berbincang dan merancang satu program bagi mengatasi masalah berkaitan
3 . Pilih seorang wakil untuk membentangkan hasil perbincangan dan perancangan program yang telah dihasilkan oleh kumpulan .
4 . Setelah pembentangan dibuat fasilitator/penceramah akan memberi syarahan berkaitan dengan teknik penyediaan program pelan tersebut dan mengenalpasti kesilpan-kesilapan yang telah dilakukan dalam pembentangan oleh peserta
5 . Peserta akan berbincang dan membaiki pelan program dan pelan perlaksanaan berpandukan format yang telah diberikan/disediakan oleh fasilitator
MASA
1 jam - Senario
2 jam - taklimat/amali
BAHAN/PERALATAN
- Papan tulis
- Kertas mahjong
- markerpen
- transparensi
- OHP
- Borang format
PENILAIAN
Dibuat berdasarkan kemampuan peserta menerangkan apa itu program melalui proses seperti
1 . Pre & Post Test
2 . Kerja Kumpulan
3 . Soal Jawab
No comments:
Post a Comment